Tuesday, December 7, 2010

Harga Emas naik bila ringgit mengukuh

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka mencecah RM2.20 berbanding dolar AS menjelang 2012, berikutan pengukuhan berterusan mata wang tempatan itu, kata Presiden Persatuan Pelabur Malaysia (MIA), Datuk Dr P.H.S. Lim.

"Ringgit, serta mata wang Asia yang lain, semakin menarik dan laris disebabkan oleh masalah kewangan selanjutnya dalam kesatuan Eropah dan memomentum ekonomi AS yang semakin perlahan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Lim berkata keluaran dalam negara kasar Asia dijangka mencecah 7.1 peratus berbanding purata global iaitu 4.8 peratus bagi 2011.

Beliau berkata Rizab Persekutuan AS sedang menyerap bil Perbendaharaan bernilai AS$600 bilion dan pada masa yang sama, mencetak lebih banyak wang kertas baru.

"Ini menyebabkan beberapa kerajaan menyarankan emas digunakan sebagai rizab, sekali gus menyebabkan harga emas melonjak ke paras tertinggi dalam sejarah pada AS$1,364 bagi seauns," katanya.

Lim berkata, kerajaan AS terus memberikan tekanan kepada China untuk memperkukuh renminbi agar barangan China kurang berdaya saing.
Bagaimanapun, kata Lim, mata wang bukan satu-satunya faktor dalam pengeluaran dan perkhidmatan.
"Upah AS terlalu tinggi dan merupakan 60 peratus daripada keseluruhan kos pengeluaran dan perkhidmatan," katanya sambil menambah bahawa perang perdagangan dan mata wang saling berkait.

"Kita telah melihat perang perdagangan AS-Jepun dalam tahun-tahun 80-an dan sejarah sentiasa berulang. Sesetengah negara mencadangkan agar mata wang Amerika digantikan sebagai mata wang dan rizab antarabangsa," katanya.

Malah, banyak bank pusat meletakkan rizab di bawah nilai mata wang lain dan emas, katanya.

Beliau berkata pengurus dana, pelabur antarabangsa terus membeli emas dan wang panas memburu aset Asian dan Brazil, Russia, India dan China, hingga mencetuskan kebimbangan tentang inflasi.

Lim berkata, EU menghadapi satu lagi pusingan krisis kewangan dan memerlukan 440 bilion (1 Euro=RM4.14) bagi langkah-langkah menyelamat anggota-anggotanya yang dibelenggu hutang.

EU dan tabung Kewangan Antarabangsa telah menubuhkan dana bernilai 750 bilion untuk membantu Greece pada Mei, katanya.

"Kini Sepanyol menghadapi kemungkinan berlakunya krisis kewangan. Beberapa negara anggota tidak begitu gembira untuk menyediakan dana tambahan bagi kestabilan kewangan Eropah.

"Keadaan ini mungkin mendorong mata wang dan harga emas di Asia meningkat lagi," katanya. - BERNAMA

Saturday, December 4, 2010

Pengakhiran Dollar U. S.

Empat Dekad Penyalahgunaannya Membunuh Mata Wang Fiat

Oleh Greg McCoach
Jumaat, 3 Disember 2010

Sebahagian besar keputusan saya dalam pelaburan selama sepuluh tahun dahulu yang dipengaruhi dengan pemerhatian terhadap penyalahgunaan dolar oleh kerajaan Amerika Syarikat hingga ke saat ini hampir tidak berharga.
Hal ini telah membawa saya ke satu kesimpulan asas, ahli politik, dari mana pihak sekalipun adalah individu yang tidak boleh boleh dipercayai atau kredibiliti.
Mereka adalah orang yang gila kuasa, pembohong!

Baca lagi

Wednesday, December 1, 2010

Produk Public Gold : Gold Bar

  pgbg0020.png
pgbg0050.png pgbg0100.png
pgbg0500.png
 Metal
Au Au Au Au
 Weight (g) 20 50 100 500
 Size (W x L, mm) 16 x 25 24 x 37 35 x 54 50 x 80
 Thickness (mm) 3 3.5 3 6
 Purity 999.9 999.9 999.9 999.9

Produk Public Gold : Gold Coin

pgcg050.png
 Metal Au
 Weight (g) 50
 Diameter (mm) 38
 Thickness (mm) 3
 Purity 999.9

Produk Public Gold : Dinar Emas

  pgcd001.png
pgcd005.png pgcd010.png
 
 Metal Au Au Au  
 Weight (g) 4.25 21.25 42.50  
 Diameter (mm) 18 32 38  
 Thickness (mm) 0.72 1.50 2.18  
 Purity 916 916 916

Produk Public Gold : Silver Bar

  silverbar1kg.png
 silverbar500g.png silverbar250g.png   
 Metal Ag  Ag  Ag  
 Weight (g) 1000  500  250  
 Size (W x L, mm) -  -  -  
 Thickness (mm) -  -  -  
 Purity 999  999  999