Showing posts with label Panduan/Tips. Show all posts
Showing posts with label Panduan/Tips. Show all posts

Sunday, January 23, 2011

Ar-Rahnu


Definisi dari sudut syarak:
Ar-Rahnu dari sudut syarak merujuk kepada satu barang yang berharga dijadikan sebagai sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.

Definisi dari sudut bahasa:
Ar-Rahnu dari sudut bahasa bermakna mantap dan berkekalan. Misalnya, keadaan yang mantap ataupun ia bermakna tahanan, seperti firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya………….”
(Surah al-Muddaththir 74:38)

PENGERTIAN , HUKUM DAN RUKUN AR-RAHNU

PENGERTIAN
Ahmad Azhar Basyir – mentakrifkan Ar-Rahnu sebagai “menjadikan suatu benda yang bernilai menurut pandangan syara” sebagai tanggungan hutang dengan adanya benda yang menjadi tanggungan itu seluruh atau sebahagian hutang dapat diterima”
H.M Arsjad Thalib Lubis – mentakrifkan Ar-Rahnu sebagai “menjadi suatu barang yang berupa harta dan ada harganya jadi jaminan hutang dan ia akan dijadikan pembayarannya jika hutang itu tidak dapat dibayar”
Abdul Rahman Al-Jaziri – menerangkan bahawa Ar-Rahnu menurut syara’ bererti ” menjadikan barang yang ada harganya menurut pandangan syara’ sebagai jaminan kepercayaan hutang piutang. Dalam erti seluruh hutang atau sebahagiannya dapat diambil, sebab sudah ada barang jaminan tersebut.
Kesimpulannya – Ar-Rahnu boleh ditakrifkan sebagai keadaan di mana penghutang atau penerima pinjaman menyandarkan barangan kepunyaan sebagai jaminan kepada hutang atau pinjaman yang diterima daripada pemiutang atau pemberi pinjaman

HUKUM
Firman Allah SWT – “Dan jika kamu sedang dalam perjalanan (lalu kamu berhutang) dan tiada memperolehi penulis, maka boleh diserahkan sahaja jaminan yang dapat dipegang
(Al-Baqarah : ayat 283)

Dalam sebuah Hadis – “Bahawasanya Nabi saw menggadaikan (Rahn) diran (baju besi) kepada seorang Yahudi yang bernama Abusy Syahmi atas pinjamannya sebanyah 30 sha gandum untuk keluarganya.”
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam sebuah Hadis – “Dari Aisyah r.a yang bermaksud Nabi s.a.w pernah membeli makanan dari seorang yahudi dengan harga yang dihutang. Sebagai tanggungan atas hutangnya itu Nabi s.a.w menyerahkan baju besinya”
(Riwayat Al-Bukhari)

Dalam sebuah Hadis – “Dari Ibnu ‘Abbas r.a. yang bermaksud ketika Nabi s.a.w. wafat, baju besinya masih dalam keadaan menjadi tanggungan hutang 20 sha’ (+ 50 kg) bahan makanan yang dibelinya untuk nafkah keluarganya”
(Riwayat Tirmidzi)

RUKUN
Hukum Ar-Rahnu mengandungi 5 perkara:
1. Penggadai atau orang yang menggadai; iaitu orang yang berhutang
2. Penerima gadaian atau pemegang gadai; iaitu pihak yang memberi pinjaman
3. Barang gadaian; iaitu barang yang berharga yang dipunyai dan dalam kawalan penerima pinjaman
4. Tanggungan gadaian; iaitu jumlah yang berhutang
5. Sighah atau perjanjian; iaitu perjanjian berkaitan pinjaman/ hutang dan gadaian

Sumber : – http://arrahnu.org/rahnudef.htm

Monday, January 10, 2011

Membuat pengiraan untung pelaburan emas

Katakan anda ingin menjadi dealer, anda perlu buat pembelian 20,000 sekaligus:

Ambil contoh harga emas PG20g ialah RM 3,135,
i. 20 gram - RM 3,135.00 x 4 keping = RM 12,540
ii. 50 gram - RM 7,802.00 x 1 kpg = RM 7,802
Total investment = RM 20,342

Pada hujung tahun 2011 nanti, diandaikan kenaikan 30%,
Oleh itu nilai emas anda ialah;

i.   20 gram 
= (3,135 + 30%) X 4
= 4,075 X 4
= 16,302

ii.   50 gram 
= (7,802 + 30%)
= 10,142          


Nilai semua 130g emas
= RM 16,302 + RM 10,142
= RM 26,444

Keuntungan selepas kenaikan 30%
= RM 26,444  - RM 20,202
= RM 6,102

Untuk mengekalkan modal asal, maka jualkan 30% dari 130g emas
= 130g X 30%
= 39g
Oleh itu 2 keping PG20g perlu dijual

Perhatian:
Artikel ini hanyalah sebagai contoh pelaburan dan pemilikan emas bagi yang bergelar dealer, kami di Emas Tempawan tidak bertanggung jawab atas sebarang bentuk kerugian ditanggung oleh pembaca. Kemahiran dan kreativiti individu diperlukan untuk mengembangkan perniagaan ini. Sila hubungi ejen kami untuk keterangan lanjut.

Tuesday, January 4, 2011

Panduan Membeli Emas

  • Beli jongkong emas dan syiling emas bukan emas perhiasan untuk pelaburan. Jika anda membeli emas perhiasan, anda mungkin tidak mendapat harga yang begitu baik seperti jongkong dan syiling kerana terdapat caj pembuatan dan pemprosesan emas perhiasan.
  • Perhatikan tanda pada jongkong emas dan syiling. Ini adalah tanda kualiti dan ketulenan.
  • Beli emas fizikal hanya dari sebuah pengedar yang sah atau bank.
  • Emas harus dilihat sebagai pelaburan jangka panjang.
  • Pelabur emas tidak boleh beranggapan "beli hari ini dan esok untung"
  • Emas harus dilihat sebagai penyimpan nilai dan insurans untuk portfolio anda. Bila anda membeli insurans, anda tidak mengharapkan untuk mati esok

Monday, January 3, 2011

Pelaburan Emas Yang Terbaik

Pelaburan E.M.A.S yang terbaik adalah dengan membeli emas fizikal seperti:
  • Dinar emas/Syiling emas/Jongkong emas
  • Dirham/Syiling Perak/Jongkong Perak

Faktor-faktor yang perlu diambil kira sebelum membeli emas adalah seperti berikut :

1. Harga belian mestilah di bawah harga pasaran tempatan (Bandingkan harga emas semasa di kedai emas dengan yang ditawarkan oleh syarikat)

2. Harga jualan semula buy back yang rendah (Nilai spread yang rendah)
Nota :
Spread oleh Kedai emas ialah 20%-30% daripada harga semasa,
Spread oleh Public Gold, contohnya hanya 5-6% sahaja

3. Stok yang mudah diperolehi.

4. Boleh lock harga semasa harga rendah.

5. Sesetengah kedai emas dan syarikat mengenakan syarat seperti emas yang hendak dijual semula tidak boleh calar, bengkok atau sumbing, resit asal perlu disediakan dan lain-lain lagi. Bagi Public Gold, contohnya, mereka menerima semula walaupun calar, bengkok atau sumbing dengan syarat beratnya tidak berubah.

Thursday, January 1, 2009

Mengapa kita perlu menyimpan emas?

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
Sejak dari dulu lagi emas menjadi simbol kekayaan hinggalah zaman sekarang. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.
Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh
menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.

2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Siapa
yang simpan emas sejak masa itu, memang menguntungkan!
Purata kenaikan harga emas adalah sekitar 27% setahun. Siapa nak
bagi anda untung setinggi ini? ASB jika tinggi pun, anda akan dapat 12% setahun. Yang mana satu lebih untung?
Jika anda kawin pada tahun 2001, barang kemas 916 dibeli pada harga RM50 segram. Pada hari ini, emas 916 mencecah harga RM122 segram!!

3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
Senang saja. Sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen sebagai duit poket. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum. Bagaimana dengan sekarang – tahun 2009? RM 5 sehari pun tidak cukup..

4. Aset yang terunggul
Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia. Katakanlah negara kita dilanda peperangan. Kita lari dengan membawa emas ke negara lain. Ianya boleh ditukarkan kepada wang kertas negara itu. Dan dengan emas itu, kita mampu hidup di negara tersebut. Lain pula jika kita membawa wang kertas kita, adakah ianya laku di negara lain? Ibarat ‘wang kertas Iraq’ yang sama sekali tidak bernilai akibat peperangan.

5. Ia tidak boleh dimanipulasikan
Emas  sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Jadi, ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai.
Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Rm 1 juta hari ini tidak akan bernilai RM1 juta lagi pada 5 tahun akan datang.

sumber : masih sedang mencari penulis sebenar :)