Wednesday, January 5, 2011

Contoh Pengiraan Teknik Ar-Rahnu

Memandangkan ramai yang bertanya bagaimana teknik ar-Rahnu diaplikasikan, kami berikan satu contoh kes jika jongkong emas 100g dijadikan sebagai permulaan pajakan.

Membeli emas
Membeli emas 100gram dengan harga 15,439.00
seperti harga sekarang yang agak rendah, sangat sesuai nak beli emas

Pinjaman dari Ar-Rahnu
Pergi ke bank berhampiran yang menyediakan kemudahan ar-Rahnu dan menerima jongkong dan syiling emas
Katakan anda ditawarkan pinjaman 70% daripada harga semasa
Katakan harga semasa sekarang ialah 16,580 maka, 16,580 x 70% = RM11606.00
(kira ikut nilai marhun 165.80/gram)

Upah Simpan
Bagaimana Upah simpan dikira? Pengiraan upah simpan adalah berdasarkan nilai marhun...
Katakan caj upah simpan bagi setiap nilai RM100 emas adalah RM0.75
maka, 100g x 165.80 / 100 x 0.75 = 124.35 sebulan
Upah simpan mesti dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan.
Biasanya tempoh yang diberikan adalah 6 bulan (ansuran bulanan/sekaligus adalah pilihan)
Katakan anda mendapat kemudahan membayar upah simpan untuk satu surat pajakan dalam tempoh masa  6+6+6  bulan

Panduan:
Kaedah ni sesuai kalau guna 11606.00 tadi untuk beli emas lagi
ulang proses pajak di ar-rahnu sehingga ringgit yang paling kecil untuk membeli emas (terpulang nak berapa)
dan simpan emas terakhir di dalam tangan (usah dipajak lagi)
seeloknya, sudah mengenepikan sejumlah wang RM125 x 6 bulan untuk bayaran upah simpan dari hasil pajakan 11606.00 tadi
Juga jangan lupa untuk minta pegawai bank menyediakan satu surat untuk setiap item,
jika tidak anda akan menghadapi kesukaran menebus emas anda sekaligus.

Jual emas:
Tunggu dan lihat harga sesuai untuk jual
Jangan lupa ambil kira nilai spread dan jumlah upah simpan
supaya dapat menebus kesemua emas yang dipajak satu persatu secara mengundur (reverse process)

Tebus:
Jika dirujuk kepada emas pertama, maka jumlah yang perlu ditebus ialah 11606.00
Dan juga bayaran upah simpan yang telah dikira seperti di atas.

Perhatian:
Artikel ini hanyalah sebagai contoh pelaksanaan pemilikan emas dengan menggunakan kaedah ar-Rahnu, kami di Emas Tempawan tidak bertanggung jawab atas sebarang bentuk kerugian ditanggung oleh pembaca. Sila hubungi senarai ejen di sini untuk keterangan lanjut

No comments:

Post a Comment