Thursday, February 24, 2011

Cara Membeli Emas di Emas Tempawan

CARA MEMBELI EMAS/SILVER PG DENGAN KAMI DI EMAS TEMPAWAN

1. cek harga melalui website@SMS

Website:
jongkong EMAS & PERAK : cek harga  kat sini
DINAR: cek harga kat sini
PUBLIC JEWELLERY: cek harga kat sini

SMS
taip PUBLIC GOLD dan hantar ke 32828 atau
taip PUBLIC DINAR dan hantar ke 32828

2. Lock harga

Apabila setuju dengan harga semasa, call/SMS Emas Tempawan di talian 019-7199607 (Lyana).
Untuk lock (book) harga emas tersebut sila nyatakan
  • Nama
  • No. Kad Pengenalan
  • No. Handphone
  • Alamat emel
  • No akaun MBB atau Public Bank
  • Item emas yang ingin dibeli
  • Kuantiti
  • Cara bayaran (tunai/ansuran 4 bulan) *
  • Cara nak collect (ambil sendiri/dealer)**
*       PUBLIC GOLD juga menawarkan pembayaran ansuran 4x (EPP) untuk SEMUA jenis pembelian produk.
         Tiada syarat harga minima untuk EPP.
**    Jika ambil sendiri nyatakan Cawangan PG yang dipilih, senarai cawangan boleh tengok kat sini

Kami akan lock harga yang dikehendaki. Untuk makluman, harga yang dipaparkan akan berubah setiap 20 minit.

3. Bayaran

Bayaran boleh dibuat terus kepada akaun berikut:

Akaun Public Gold:
Public Bank : : Acc No: 3148136630; atau
Maybank : :  Acc No:507134241707
Payee Name : : 'PUBLIC FINE GOLD INTERNATIONAL SDN BHD'

atau

Bayar Cash atau Bank In ke akaun admin Emas Tempawan
Maybank : : Acc No: 151071018256
Payee Name : : SITI NORLIAYANA BINTI MARKUNI

4. Pengambilan / Collection:

Ambil Sendiri
Email/faks slip deposit pembayaran ke :
email : payment@publicgold.com.my; atau
faks :04-6464916;

Peringatan penting!
  • SANGAT DIGALAKKAN membuat bayaran melalui kaunter
  • CATATKAN no rujukan Sales Order dalam slip deposit
  • MESTI simpan slip deposit original dan bawa semasa collection, tanpa slip anda tidak dibenarkan collect emas
  • ELAKKAN penggunaan Cash Deposit Machine(CDM) bagi mengelakkan masalah cetakan yang kabur
  • Telefon branch PG dipilih untuk collect dan confirmkan stok & tarikh collection
atau....

Dealer Emas Tempawan ambilkan
cuma tunggu emas sampai ke tangan anda...

Wednesday, February 23, 2011

Harga emas tutup pada paras AS$1,400.00 hingga AS$1,401.00 satu auns.

Saham berkaitan perlombongan terus menjadi tarikan di sebalik peningkatan harga emas susulan pelabur lebih cenderung membuat pelaburan dalam komoditi itu di tengah-tengah kebimbangan berhubung inflasi dan ketegangan di Afrika Utara dan Asia Barat.

Harga emas tutup pada paras AS$1,400.00 hingga AS$1,401.00 satu auns.
Peniaga terus mengalami kerugian akibat kejatuhan teruk hari sebelumnya berikutan meningkatnya kebimbangan mengenai kekurangan bekalan minyak mentah di seluruh dunia.

Berita penuh : Berita Harian (24/2/2011) 

lagi berita...

Saham-saham perlombongan menyaksikan peningkatan disebabkan kenaikan harga emas ekoran pedagang bertukar kepada logam bernilai kerana kebimbangan terhadap inflasi dan ketegangan di Afrika Utara dan Timur Tengah.

Berita penuh : Utusan Online (24/2/2011)

HMETRO : Dinar Emas Lebih Baik

KUALA LUMPUR: Perdagangan pada peringkat antarabangsa kini sepatutnya sudah beralih kepada penggunaan dinar emas berikutan nilai dolar AS yang semakin merosot.
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucaptamanya berkata, nilai emas tidak mudah turun menyebabkan nilainya lebih sesuai digunakan pada peringkat antarabangsa berbanding dolar Amerika.

“Emas memiliki nilai pertukaran yang lebih baik berbanding nilai tukaran wang kertas.
“Sebelum ini, AS$35 bersamaan satu aun emas. Hari ini, satu aun emas bersamaan AS$1,400. Ini bermakna dolar AS sudah merosot. Inilah masalah yang dihadapi oleh mata wang yang nilainya merosot dengan pantas dan banyak tapi emas tiada susut nilai sedemikian. Jadi, apabila anda membeli dan menjual menggunakan dinar emas, anda mendapat nilai sebenarnya,” katanya.

“Saya akan terus menyarankan penggunaan emas dalam perdagangan antarabangsa dan emas juga adalah mod simpanan terbaik,” katanya kepada selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Kewangan dan Ekonomi Islam Langkawi Kedua (2LIFE) di Kuala Lumpur, kelmarin.

sumber: harian metro

Monday, February 21, 2011

Berita Harian 22/02/2011: Emas kini lebih RM4,284 satu auns

Ketegangan Afrika Utara, Asia Barat pengaruhi harga

HARGA emas meningkat melebihi AS$1,400 (RM4,284) satu auns semalam, pertama kali dalam tempoh hampir tujuh minggu, berikutan ketegangan yang terus memuncak di Afrika Utara dan Asia Barat.
Ketegangan kini merebak dari Mesir dan Tunisia ke negara Asia Barat dan Afrika Utara lain apabila penunjuk perasaan berkumpul membantah pemerintahan pemimpin yang sudah memegang kuasa begitu lama.
Harga emas sesi dagangan semalam naik sehingga AS$1,400.40 (RM5,041.44) satu auns daripada paras AS$1,388.58 (RM4,249.05) satu auns ketika didagangkan di New York Jumaat lalu.

Harga kontrak hadapan emas bagi April naik AS$11.70 (RM35.8) satu auns kepada AS$1,400.30 (RM4,284.91).

“Tidak dapat disangsikan lagi bahawa kenaikan logam berharga itu yang berlaku sejak kebelakangan ini berikutan ketegangan di Asia Barat,” kata Daniel Major, Penganalisis di RBS Global Banking & Markets.

“Jika (pembelian) tidak dibuat menerusi dana dagangan bursa atau di Comex, ia kemungkinan besar dibuat menerusi pasaran dagangan fizikal iaitu pembelian syiling atau jongkong emas kecil, dan saya tidak menolak kemungkinan adanya pembelian lebih besar oleh individu kaya jika dilihat daripada keadaan ketegangan yang belum berkesudahan,” katanya.
Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu, semalam berkata revolusi di Tunisia akan menjadi model kepada lain-lain negara yang ingin melakukan pembaharuan politik.

Tentangan terus diberikan kepada pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang terus merebak di ibu negara, Tripoli kelmarin dan anak lelaki berikrar untuk terus bertahan ketika semakin ramai penunjuk perasaan terbunuh di timur negara itu.

Harga minyak pula terus naik hampir sebanyak AS$3 setong kepada paras tertinggi dalam tempoh dua setengah tahun ketika peniaga melihat berlakunya ketegangan yang tidak berkesudahan di negara pengeluar minyak utama, Libya.

Harga saham di Eropah turut jatuh berikutan krisis itu.

Dalam dagangan semalam, harga perak naik setinggi AS$33.46 (RM102.38) satu auns, platinum pada AS$1,844.25 (RM5,643.4) satu auns manakala palladium pada AS$859 (RM2,628.54) satu auns. – REUTERS

Wednesday, February 2, 2011

Zakat Emas

Emas adalah jenis-jenis logam yang diwajibkan zakat. Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:
“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”.
At- Taubah; ayat 34-35

Zakat emas dikira dalam dua keadaan.

1. Emas yang tidak dipakai (disimpan)

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Contoh:
2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat    = RM 150

2. Emas yang dipakai

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.
Contoh:
Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150g ram
Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram - 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
= RM 192.9

Kalkulator Zakat Emas

sumber  : http://zakat.com.my/zakat-emas

Tuesday, February 1, 2011

Bisnes Dunia: Harga minyak, emas naik kesan geopolitik di Mesir

Berita Harian

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BisnesDunia_Hargaminyak_emasnaikkesangeopolitikdiMesir/Article/

2011/02/01

Pelabur bimbang berikutan tunjuk perasaan meruncing

KETEGANGAN di Mesir yang bermula awal minggu lalu menyaksikan harga dua komoditi utama dunia iaitu minyak mentah dan emas, meningkat dengan ketara susulan tercetus kebimbangan pelabur terhadap kedudukan geopolitik negara itu.
Kontrak minyak mentah bermutu tinggi di pasaran komoditi New York, ‘Light Sweet’ bagi penghantaran Mac naik 74 sen kepada AS$90.09 setong ketika didagangkan pasaran hadapan elektronik Asia petang semalam.
Pada Jumaat lalu, ia melonjak 4.3 peratus kepada AS$89.34 setong.

Peningkatan itu adalah yang tertinggi pernah dicatatkan di NYMEX sejak September 2009 sama ada dari segi peratusan mahupun nilai dolar Amerika Syarikat (AS).

Sementara itu, emas pula melonjak mencecah AS$1,340.70 satu auns susulan populariti logam berharga itu di kalangan pelabur ketika berlakunya krisis ekonomi dan politik global.

Emas dianggap sebagai instrumen pelaburan yang selamat dalam melindung nilai pelaburan di tengah-tengah krisis politik di negara Asia Barat.
Penganalisis Ekonomi Kanan ANZ bank di Wellington, Sharon Zollner yang dipetik Dow Jones, berkata pelabur semakin bimbang protes penunjuk perasaan di Mesir, yang kini dilaporkan semakin meruncing, berkemungkinan akan melarat ke beberapa negara Asia Barat lain, termasuk Arab Saudi.

“Kebimbangan utama ketika ini adalah kemungkinan protes penunjuk perasaan di Mesir melarat ke Arab Saudi dan jika ia menjadi kenyataan, segala urus niaga termasuk penghantaran minyak akan tergendala,” katanya pada agensi berita itu semalam.

Menurut Joint Oil Data Initiative, iaitu organisasi perangkaan negara pengeluar utama minyak mentah dunia, menyatakan Mesir, negara ke-21 pengeluar minyak terbesar dunia, mengeluarkan kira-kira 673,000 tong minyak sehari.

Namun, yang paling dirisaukan, Mesir adalah hab kepada rangkaian perhubungan pembekalan minyak utama dunia di mana letaknya Terusan Suez dan sebuah saluran paip sepanjang 200 batu yang dikenali sebagai saluran Sumed.

Terusan Suez berfungsi sebagai transit utama kepada semua aktiviti penghantaran minyak dan bahan api dunia yang menghubungkan antara Teluk Parsi ke hemisfera barat, manakala saluran Sumed berfungsi sebagai transit alternatif kepada Terusan Suez.

Perangkaan Pentadbiran Maklumat Tenaga AS pula menyatakan, kira-kira 1.8 juta tong minyak mentah dan produk bertapis berasaskan minyak mentah lain, dihantar menerusi Terusan Suez pada 2009.

Saluran Sumed pula pada tempoh itu mengangkut sebanyak 1.1 juta tong minyak sehari. – Agensi


Syarat-syarat umum wajib membayar zakat


Islam
Zakat hanya dikenakan ke atas orang Islam. Bagi perniagaan perkongsian orang Islam dengan bukan Islam hanya peratusan ekuiti orang Islam sahaja diambilkira untuk zakat. 

Merdeka
Hamba abdi tidak wajib berzakat kecuali zakat fitrah. Walau bagaimanapun tidak timbul persoalan hamba abdi masa kini, tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib berzakat. 

Milik Sempurna
Harta yang dimiliki mestilah sempurna dalam kekuasaan seseorang dan tidak bersangkutan dengan orang lain. Pemilik juga dapat memperlakukan dan memperolehi manfaat daripadanya. 

Cukup Nisab
Nisab adalah paras nilai minima yang menentukan samada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan. Nisab adalah bersamaan dengan 85 gram emas nilai semasa. Nilainya lebih kurang RM 4600 (bergantung kepada harga semasa emas) 

Cukup Haul
Cukup haul bermaksud genap setahun harta disimpan.

Mengapa Wajib Membayar Zakat?
Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ianya diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Rukun yang lain ialah Syahadah, Sembahyang, Puasa dan Haji ke Mekah. Zakat adalah diwajibkan ke atas Muslim yang layak untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Zakat mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah