Tak perasan berita ni.... meh saya kongsikan walau dah ketinggalan... :)
KUALA LUMPUR 11 Mac - RHB Investment Management Sdn. Bhd. (RHBIM) hari ini melancarkan RHB Dynamic Oil-Gold Capital Protected Fund, pelaburan dalam dua komoditi utama yang mempunyai potensi ketika pasaran baik dan lembap.Pengarah Urusannya, Sharifatul Hanizah Said Ali berkata, dana terbaharu itu akan memberi peluang kepada para pelabur untuk mendapat kelebihan daripada perbezaan tempoh pusingan pasaran.
Menurutnya, seperti yang diketahui, minyak akan terus berkembang seiring dalam keadaan inflasi dan ekonomi global manakala emas adalah pelaburan selamat meskipun semasa pasaran dalam keadaan pembetulan.
Untuk memastikan dana itu mampu memperoleh pulangan terbaik, ia dilengkapi dengan strategi indeks bagi mengenal pasti masa optimum untuk melabur dalam kedua-duanya, dalam menstabilkan pelaburan berbanding kemeruapan pasaran.
Para pelabur yang mahu membuat pelaburan berisiko rendah dalam tempoh matang jangka pendek dan pulangan menarik, RHB Dynamic Oil-Gold Capital Protected Fund adalah sesuai untuk mereka, katanya.
Dana itu adalah dana perlindungan modal untuk tempoh tiga tahun dan ia melabur sekurang-kurangnya 85 peratus daripada dana yang diraih semasa Tawaran Awal Permulaan dalam instrumen boleh runding kupon-sifar dan nisbah dan sehingga 10 peratus dalam nisbah aset bersih (NAB) di kaunter dan baki lebih lima peratus dalam bentuk tunai.
Dana itu terbuka untuk langganan mulai 11 Mac hingga 22 April pada harga RM1.00 dengan pelaburan minimum RM5,000 dan tambahan minimum RM1,000.
No comments:
Post a Comment